Wednesday, April 18, 2012

Shah Alam dan VIMT 1





Bismillah + Assalamualaikum + Selamat Sejahtera


*syukur masih lagi dikurniakan nikmat2 untuk sedut udara oksigen yang free gift ini, Alhamdulillah


kepada semua fanz,peminat,pengikut,tuan,puan atau segalam macam orang yang follow dis blog. Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.


"bukankah orang yang kuat tuh lebih disukai Allah" ^_^


InshaAllah, setelah berhari2, beratus jam tidak updated blog ini. (Agak busy kebelakangan nih dengan projek subjek dan juga projek final year. InshaAllah musQ akan tamat pengajian dalam bidang degree electrical engineering pada akhir bulan 7. So kepada syarikat yang teringin mencari pekerja yang dedikasi dan rajin cepat2 la hire musQ yer, kalau tidak anda akan pasti rugi besar.hehehe


Berbalik kepada entry kali, ia berkisar mengenai kisah musQ di Shah Alam yang bertujuan utama untuk menghadiri seminar internet video marketing yang disampaikan oleh Puan Diyana Tahir. 



KENAPA HADIR?



untuk menjawab soalan ini, musQ sanggup from johor datang ke Shah Alam adalah untuk grab seberapa peluang yang ada daripada pakar. Kerana satu yang musQ pegang adalah jika kita inginkan sesuatu, kita perlulah mempunyai seorang guru sebagai pembimbing dan role model yang perlu kita ikut.

Alhamdulillah, banyak perkara baru yang musQ perolehi sepanjang program itu disamping bertukar2 kenalan dengan pelbagai latar peserta yang rata2 nya sudah berkejaya dan sudah berkahwin.

*musQ belom kawin lagi*


Disini musQ sertakan beberapa keping gambar semasa program tersebut berlangsung

tangkap menggunakan samsung galaxy megapixel 2.0 



sape yang tak tau nama sebenar musQ ialah Ahmad Mustaqim Jinal




Tag name yang sangat jimat kos.hehe.main lekat dan pakai buang




Seminar Internet Video Marketing




Sesi pagi : Lebih kepada pengenalan untuk pemahaman peserta




Brake untuk solat zohor. Bersama Abang Shamsul (Engr Samsung) dan Bro Zuhri (CEO syarikat pringting)




Sesi petang : Pembelajaran basic video menggunakan sony vegas




Lionel messi bersama dengan Didier drogba :)




Lokasi: Laman Seri Business Park




Bersama spekar kita Puan Diyana Tahir






p/s entry yang seterusnya musQ akan serta video interview bersama Puan Diyana Tahir dan will upload gambar faris ( anak buah)








Monday, March 19, 2012

Green Screen 2nd! mcm mana nak jadi superman?!

Salam + Bismillah + Selamat Sejahtera


Seperti yang telah musQ janjikan dalam beberapa entry yang lepas, musQ akan post kan entry tentang advance green screen yang musQ telah produced!


advance?? advance la kononnn ^_^


Secara ringkasnya video ini musQ ingin buat ala-ala seperti dalam berita ataupun laporan kaji cuaca yang selalu anda tengok dalam tv tu kan. So, musQ telah pon produce something yang seakan2 seiras dengan nya.


YA! semuanya hanya menggunakan Green Screen!



Gambar : Menunjukkan contoh bagaimana pemberita sedang membentangkan laporan kaji cuaca, ini adalah antara contoh teknik green screen yang digunakan. Sebenarnye di belakang pemberita tu tiada imej seperti yang ditunjukkan. Dia perlu menghafal setiap tempat yang ada di dalam peta tersebut sebelum bersiaran.





Video di atas menunjukkan salah satu contoh video yang menggunakan editing green screen.

Jadi sekarang anda dah tau kan macam mana SUPERMAN yang anda minati dulu tuh boleh terbang di udara??


SOOOOO easyyyyyyyyyyyyyyyyyyy~~ ^_^



Tapi tak berapa bestlah kalau musQ asyik post video orang lain kan. So musQ serta kan sekali video yang telah musQ buat yang bertajuk "KENDERAAN UTHM BERGERAK SELAJU 500km/j"




Nak tau betol atau tidak kenderaan di UTHM bergerak selaju 500 km/j, ayuh saksikan video klip di bawah!



VIDEO DARIPADA musQ




sori kalau muka hensem sangat =.=




p/s seluruh orang mukmin tuh bersaudara kan? so, kenapa nak ade gadoh2 nak perpecahan? so jadi superman di kalangan anda yang boleh merubah keadaan sekeliling anda menjadi lebih baik keadaannya. InshaAllah

















Sunday, March 11, 2012

47 000 viewer

Salam + Bismillah + Selamat sejahtera




 sumber dari youtube, setakat 11 mac 2012. Sudah 47 000 orang yang telah melihat video musQ. Teruskan menyokong




Thursday, March 8, 2012

Skrin Hijau Pertama!

Salam + Bismillah + Selamat sejahtera


senyum2 selalu ^_^ dan semoga semua berada dalam keadaan sihat2 belaka


*mood lame tak update blog sebab bz and agak sedikit berat nak update 
(sebenarnya malas nak taip) hehe..


Seperti yang telah musQ janjikan dalam entry yang lepas berkenaan Green Screen klik untuk lihat entry yang musQ buat sendiri di dalam rumah. Ini adalah hasil video yang telah musQ buat. Jom saksikan!



VIDEO DARIPADA musQ



Video agak sedikit bergoyang2 kerana kain green screen tuh hanya dilekatkan menggunakan tape sahaja. maklumlah duit tak mencukupi.



Setelah membuat sedikit research dan menonton tutorial di youtube, musQ dah pon buat satu video yang lebih advance sedikit daripada ini yang musQ akan postkan dalam entry yang terbaru.


NANTIKAN!!



* Untuk sebarang pertanyaan kepada musQ production boleh la emailkan kepada musq1307@gmail.com



p/s ayuh2 sama kita letakkan kembali islam ke tempat asalnya, iaitu tempat yang paling mulia dan tinggi di sisi manusia dan juga Allah.




Friday, February 24, 2012

Studio di dalam rumah - musQ



Salam + Bismillah + Selamat Sejahtera

"Semoga saudara2 seislam di seluruh dunia diberi kekuatan olehNYA"


Berbekalkan keazaman, keberanian, keIQan, serta kebolehan yang tinggi! cewah. Takdelah sebenarnya berbekalkan modal RM8, terbinalah studio dalam rumah yang pertama untuk musQ

RM8?????biar betol!

YA!!

RM8 adalah cukup untuk membeli kain 1 meter setengah berwarna hijau yang akan musQ jadikan sebagai background belakang yang lebih dikenali dalam dunia editing video sebagai GREEN SCREEN

Berbekalkan handset yang bukan jenis slide2 yang hanya mempunya application camera 2.0 megapixel
ini lah hasil gambar yang musQ tangkap 





Lokasi pertama yang musQ letak sebelum diubah lokasi kerana keadaan lighting yang kurang memuaskan dalam menghasilkan video yang terbaik




Lokasi diubah kepada tempat yang mempunyai lebih banyak cahaya. Ini untuk mengurangkan kadar shadow di dalam video itu nanti. Dan hasilnya lebih memuaskan!




Lagi gambar dalam posisi yang lain



InshaAllah dalam entry yang seterusnya
musQ akan paparkan video yang telah musQ buat dengan menggunakan GREEN SCREEN nih



"Takde lah hebat sangat.....tapi boleh laaaa video tuh..hehe"




Untuk sebarang maklumat lanjut boleh ke page fb musQ production


--------> musQ production facebook channel






Thursday, February 16, 2012

Perutusan Penting & Beijing,China






bukan gambar hiasan


Salam + Bismillah + Selamat Sejahtera

Semoga sihat selalu ^_^

Sebenarnya entry kali ini adalah berkenaan perutusan email (seperti dalam gambar diatas..kan dah bagitau bukan hiasan) yang musQ dapat untuk menghadiri seminar video buat pertama kali dalam hidup musQ


habis tuh macam mana musQ buat semua video sebelum nih? jeng3

ya! pasti anda tertanya tanya soalan seperti di atas kan. Kebanyakan nya musQ belajar dengan

1. Melihat tutorial utube
2. Surfing internet lihat web2 berkaitan video dan editing
3. Tengok cerita2 pendek 
4. Lihat video2 wedding untuk mendapatkan idea (antara video wedding yang agak terkenal of cos la daripada cst production) inshaAllah selepas nih musQ production. amenn




Ini adalah antara sebahagian cara musQ untuk menajamkan lagi skill dalam dunia videografi ini. 
Kalau anda mahu, anda kenalah berusaha.InshaAllah bermula dari bawah dan lama kelamaan anda akan berjaya kalau betul caranya.


musQ pegang dengan pepatah,kalau kita ingin belajar sesuatu mestilah mempunyai gurunya.
Setelah bertapa secara solo..cewahhhh bertapa la pulak...
setelah solo dalam mencari idea2 dalam videografi ini, terdetik di hati musQ untuk berguru dengan seorang insan yang agak meningkat naik dalam dunia editing sekarang iaitu cik Diyana Tahir..eh bukan cik tapi       Puan Diyana Tahir..hehe


(kalau korunk nak tengok biodata nya..google la sendiri yer..hehe..tapi overall boleh bukak website nya seperti tertera di atas)


Memandangkan musQ akan pulang menyambung pengajian di UTHM, Johor
so, seminar yang akan musQ pergi bertempat di Johor pada 17 Mac 2012



VIDEO TAKDA GAMBAR ADA!

musQ bergambar bersama peminat yang musQ jumpa di china. Siap mintak sign lagi.hehe



Bergambar dengan crew2 di hadapan sungai ais




ah ko, bajet ko ada production ko hebat sangat la..kata mad kepada musQ



Bersama pelajar PHD Beijing Institute of Technology



Hanya segelintir gambar yang sempat musQ cilok daripada akaun facebook azimah hamzah. Credit to her. Semoga setiap langkah dan penat lelah yang musQ buat mendapat pahala disisiNya.

k bye!




owhhhhhh....ape bye2! tak reti bagi salam ker????


o0opssssssssssssss maaf yer pakcik!



Assalamualaikum + senyuman! ^_^




p/s bukankah senyuman itu sedekah yang paling senang dan mudah untuk diberi!
syria will be freedom.InshaAllah!