Thursday, July 26, 2012

Puasa? masih belum terlambat ker?



*zass zass (sapu sampah lagi....)

mood untuk sapu bersih segala sawang yang telah bersarang berkurun lama dalam blog nih,
memang kene gune vakum level 10 untuk bersihkan

*vakum level 10 - kekuatan dalaman diri disertakan usaha yang amat gigih..cewah


ok, mood serius

Alhamdulillah, saat entry nih dibaca oleh anda semua..ramadhan telah pon sampai ke hari yang keenam

APA! hari keenam?? yup, sedar tak sedar anda semua pon tak perasan kan yang puasa dan masuk hari keenam. Semoga puasa ini ( kalau tak banyak pon serba sedikit) dapat melonjakkan momentum untuk anda terus berlari laju bak cheetah untuk terus melakukan amal kebaikan kepada-Nya pada hari-hari yang lain dan juga pada bulan-bulan yang lain..

Kepada yang belum lagi mengorak langkah,
apa kata anda yang masih lagi sedang bermuka buku, berkicau, berdengkuran..
kita amek iniatif untuk bermula dari sekarang untuk satu titik perubahan pada kehidupan kita...


*bulan puasa bulan tidur?? erm...ye kot




MASIH BELUM TERLAMBAT KER?
NOPE, Totally nope..you r still in da zone that u can change ur self and ur world!

wah,konfiden dan dengan penuh rasa yakin nye musQ cakap camnih. Yup, saya cakap begitu kerana manusia ini secara fitrah mempunyai sikap yang ingin menuju kearah kebaikan tetapi terkadang malu kerana perbuatan itu dianggap janggal di dalam dunia yang kononnya serba moden yang katanya alergik untuk mempelajari ilmu-ilmu agama ini. Semuanya bermula dari diri kita!

MASIH BELUM TERLAMBAT KER?
yerr...masih belom terlambat la cik akak adik abang tuan puan datin datok semua....

Ini antara benda yang anda boleh buat untuk efektif kan kembali mood ramadhan anda

1) Jika anda seorang yang kerap tidur (melebih waktu yang tidur yang secukupnya), anda boleh mengubahnya dengan mengurangkan waktu tidur sehari selama 30 minit sehingga anda mencapai tahap tidur yang secukupnya. Iaitu lebih kurang 6-7 jam.

aah, kalau anda bayi..rasanya tak salah nak tidur 24 jam pown..hoho

2) Jika anda seorang yang malas untuk baca quran, mulekan dengan ayat2 pendek..mungkin boleh praktikkan dengan bacaan juzuk 30 dahulu untuk mendapatkan momentum sebelum pergi ke juzuk seterusnya.. Ya, bacaan Quran tidak semestinya perlu bermula pada juzuk yang pertama. Ini dicadangkan..kerana kebanyakan daripada kita sudah boleh menghafal serba sedikit surah pada juzuk 30. InshaAllah.

3) Jika anda seorang perokok tegar, ini lah ruangnya untuk kita mmbuat satu titik perubahan supaya meninggalkan tabiat rokok tersebut..

*Kau cakap senang la kau tak rokok

Ya, memang musQ tak nafikan yang memang sangat sukar untuk meninggalkan amalan rokok tersebut. Tetapi kita jgn ambil tindakan yang drastik dengan tidak menghisap rokok terus selama sehari. naik menggelatar satu badan rasanya.. Mulakan dengan pengurangan, mungkin duluh 2 kotak satu bulan..sekarang satu kotak satu bulan..inshaAllah..kalau istiqamah dan bersungguh-sungguh pasti akan dipermudahkanNya.


agak2 tengkorak nih hisap rokok jenama apa la yang sedap sangat tuh ye.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka 
sendiri"
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)



4) Kalau rasa tak nak puasa??? haaa, senang je jawapannya..
tunggulah azab kat akhirat kelak. fulstop!






MASIH BELUM TERLAMBAT KER?


nak tau jawapannya..jom layan video daripada MUSQ PRODUCTION






kalau lepas dah habis video nih tak dapat jawapan jugak??

jawapannya, Ya! masih belum terlambat lagi



musQ production facebook channel!!







blog berhabuk - Ada apa pada mereka-




shuh shuh...fuhhhhhhh *blog dah berhabuk tahap mega gaban dah ni

dah lame tak update blog nih,
rasenye dah tahap sarang labah2 bape lapis dah nih..
dan rasanya dah boleh lawan kuih lapis sarawak.

haish...mengeluhhh...

duluh niat hati nak rajin selalu update blog..tapi semangat tinggal semangat ajer..

GO GO! kali ini akan lebih cube istiqamah untuk atleast post sumthing ape2 janji target paling kurang seminggu kene submit 2 post untuk tatapan peminat2 musQ production.

**eceh kau, macam la ade peminat sangat~~

haha

Untuk entry panas badan nih berserbi warming up nih, nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat di seluruh dunia khas daripada musQ production.






p/s korek idung tak batal puasa tau..makan taik hidung tuh yang batal puasa..sekian






Saturday, May 5, 2012

Interview bersama CEO Aras Design Puan Diyana Tahir

Salam + Bismillah + Selamat sejahtera

ini adalah video respon daripada entry blog Shah Alam dan VMIT 1







p/s sila abaikan bunyi hp di dalam video ini. itu adalah effect tambahan.hehe
pengajaran, wajib silentkan hp ada jika hendak interview sumone.



Saturday, April 21, 2012

Octocopter (Gambar dan Video)

Salam + Bismillah + Selamat sejahtera


ayuh,tanpa membuang masa lagi kita scroll ke bawah untuk melihat..
melihat sesuatu cara dalam capture video untuk zaman sekarang.


OCTOCOPTER???


Dia ala-ala helikopter la..tapi yang penting penumpang kepada helicopter ini adalah videocam yang digunakan untuk merakam tempat2 yang mustahil dicapai seperti gunung dan bangunan yang tinggi.



Gambar: Kan cantik kalau kita dapat tengok hasil video daripada view atas gunung ini kan. Mesti kita akan kata..wow!! cantiknye..subhanallah




Gambar: contoh gambar yang diambil daripada octocopter


Dan sudah pastilah ia memerlukan remote 
supaya dapat dikawal oleh tuan empunya camcopter ini!!



Gambar: contoh gambar remote yang digunakan untuk mengawal octocopter ini


Untuk berkenalan lebih lanjut lagi tetang octocopter dan jenis2 yang seangkatan dengannya.


Ayuh!! kita lihat gambar di bawah beserta hasil video nya









Kelima-lima gambar diatas menunjukkan secara detail tentang struktur octo/cam copter ini. Ia adalah sangat menarik bukan? dengan struktur yang nampak gagah dan cool ini akan membuatkan setiap pencinta video akan mendambakan untuk memilikinya.



JOM KITA LIHAT HASIL VIDEO DARIPADA OCTOCOPTER INI





VIDEO 1



VIDEO 2







p/s Jika kita hendak sesuatu yang luar biasa, kita perlulah berusaha secara sangat luar biasa.



Wednesday, April 18, 2012

Faris, Mujahid Setia




Gambar si Faris, makin tembam pipinya. Tapi yang penting ada lesung pipi.hehe ^_^
Semoga menjadi pejuang menegakkan agama Allah, inshaAllah.








Shah Alam dan VIMT 1





Bismillah + Assalamualaikum + Selamat Sejahtera


*syukur masih lagi dikurniakan nikmat2 untuk sedut udara oksigen yang free gift ini, Alhamdulillah


kepada semua fanz,peminat,pengikut,tuan,puan atau segalam macam orang yang follow dis blog. Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.


"bukankah orang yang kuat tuh lebih disukai Allah" ^_^


InshaAllah, setelah berhari2, beratus jam tidak updated blog ini. (Agak busy kebelakangan nih dengan projek subjek dan juga projek final year. InshaAllah musQ akan tamat pengajian dalam bidang degree electrical engineering pada akhir bulan 7. So kepada syarikat yang teringin mencari pekerja yang dedikasi dan rajin cepat2 la hire musQ yer, kalau tidak anda akan pasti rugi besar.hehehe


Berbalik kepada entry kali, ia berkisar mengenai kisah musQ di Shah Alam yang bertujuan utama untuk menghadiri seminar internet video marketing yang disampaikan oleh Puan Diyana Tahir. 



KENAPA HADIR?



untuk menjawab soalan ini, musQ sanggup from johor datang ke Shah Alam adalah untuk grab seberapa peluang yang ada daripada pakar. Kerana satu yang musQ pegang adalah jika kita inginkan sesuatu, kita perlulah mempunyai seorang guru sebagai pembimbing dan role model yang perlu kita ikut.

Alhamdulillah, banyak perkara baru yang musQ perolehi sepanjang program itu disamping bertukar2 kenalan dengan pelbagai latar peserta yang rata2 nya sudah berkejaya dan sudah berkahwin.

*musQ belom kawin lagi*


Disini musQ sertakan beberapa keping gambar semasa program tersebut berlangsung

tangkap menggunakan samsung galaxy megapixel 2.0 



sape yang tak tau nama sebenar musQ ialah Ahmad Mustaqim Jinal




Tag name yang sangat jimat kos.hehe.main lekat dan pakai buang




Seminar Internet Video Marketing




Sesi pagi : Lebih kepada pengenalan untuk pemahaman peserta




Brake untuk solat zohor. Bersama Abang Shamsul (Engr Samsung) dan Bro Zuhri (CEO syarikat pringting)




Sesi petang : Pembelajaran basic video menggunakan sony vegas




Lionel messi bersama dengan Didier drogba :)




Lokasi: Laman Seri Business Park




Bersama spekar kita Puan Diyana Tahir






p/s entry yang seterusnya musQ akan serta video interview bersama Puan Diyana Tahir dan will upload gambar faris ( anak buah)