Saturday, August 11, 2012
Monday, August 6, 2012
Status Halal suatu produk atau makanan (video)
Video yang dibuat oleh musQ ini sebenarnya adalah atas permintaan dari seorang rakan yang
mahu membuat presentation bagaimana untuk mengetahui status halal sesuatu produk atau makanan
dengan menggunakan status cek secara online.
Atas iniatif ini diharapkan dapat memudahkan pengguna Islam khususnya bagi memilih makanan yang sesuai dan halal yang pastinya!
yerla...kan makanan yang kita makan tuh akan effect badan kita rite..
Video yang lebih secara tutorial ini menggunakan satu software lain
yang dinamakan fraps. Software fraps ini selalu digunakan oleh gamers untuk merakam permainan video yang telah mereka mainkan di dalam komputer tersebut
Di sini disertakan ilustrasi gambar bagi software Fraps
![]() |
| Laman utama software Fraps. |
![]() |
| Simbol bagi software ini |
![]() |
| Software ini membolehkan permainan game dirakam, seperti contoh permainan DOTA, PES |
Thursday, July 26, 2012
Puasa? masih belum terlambat ker?
*zass zass (sapu sampah lagi....)
mood untuk sapu bersih segala sawang yang telah bersarang berkurun lama dalam blog nih,
memang kene gune vakum level 10 untuk bersihkan
*vakum level 10 - kekuatan dalaman diri disertakan usaha yang amat gigih..cewah
ok, mood serius
Alhamdulillah, saat entry nih dibaca oleh anda semua..ramadhan telah pon sampai ke hari yang keenam
APA! hari keenam?? yup, sedar tak sedar anda semua pon tak perasan kan yang puasa dan masuk hari keenam. Semoga puasa ini ( kalau tak banyak pon serba sedikit) dapat melonjakkan momentum untuk anda terus berlari laju bak cheetah untuk terus melakukan amal kebaikan kepada-Nya pada hari-hari yang lain dan juga pada bulan-bulan yang lain..
Kepada yang belum lagi mengorak langkah,
apa kata anda yang masih lagi sedang bermuka buku, berkicau, berdengkuran..
kita amek iniatif untuk bermula dari sekarang untuk satu titik perubahan pada kehidupan kita...
*bulan puasa bulan tidur?? erm...ye kot
MASIH BELUM TERLAMBAT KER?
NOPE, Totally nope..you r still in da zone that u can change ur self and ur world!
wah,konfiden dan dengan penuh rasa yakin nye musQ cakap camnih. Yup, saya cakap begitu kerana manusia ini secara fitrah mempunyai sikap yang ingin menuju kearah kebaikan tetapi terkadang malu kerana perbuatan itu dianggap janggal di dalam dunia yang kononnya serba moden yang katanya alergik untuk mempelajari ilmu-ilmu agama ini. Semuanya bermula dari diri kita!
MASIH BELUM TERLAMBAT KER?
yerr...masih belom terlambat la cik akak adik abang tuan puan datin datok semua....
Ini antara benda yang anda boleh buat untuk efektif kan kembali mood ramadhan anda
1) Jika anda seorang yang kerap tidur (melebih waktu yang tidur yang secukupnya), anda boleh mengubahnya dengan mengurangkan waktu tidur sehari selama 30 minit sehingga anda mencapai tahap tidur yang secukupnya. Iaitu lebih kurang 6-7 jam.
aah, kalau anda bayi..rasanya tak salah nak tidur 24 jam pown..hoho
2) Jika anda seorang yang malas untuk baca quran, mulekan dengan ayat2 pendek..mungkin boleh praktikkan dengan bacaan juzuk 30 dahulu untuk mendapatkan momentum sebelum pergi ke juzuk seterusnya.. Ya, bacaan Quran tidak semestinya perlu bermula pada juzuk yang pertama. Ini dicadangkan..kerana kebanyakan daripada kita sudah boleh menghafal serba sedikit surah pada juzuk 30. InshaAllah.
3) Jika anda seorang perokok tegar, ini lah ruangnya untuk kita mmbuat satu titik perubahan supaya meninggalkan tabiat rokok tersebut..
*Kau cakap senang la kau tak rokok
Ya, memang musQ tak nafikan yang memang sangat sukar untuk meninggalkan amalan rokok tersebut. Tetapi kita jgn ambil tindakan yang drastik dengan tidak menghisap rokok terus selama sehari. naik menggelatar satu badan rasanya.. Mulakan dengan pengurangan, mungkin duluh 2 kotak satu bulan..sekarang satu kotak satu bulan..inshaAllah..kalau istiqamah dan bersungguh-sungguh pasti akan dipermudahkanNya.
agak2 tengkorak nih hisap rokok jenama apa la yang sedap sangat tuh ye.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri"
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)
4) Kalau rasa tak nak puasa??? haaa, senang je jawapannya..
tunggulah azab kat akhirat kelak. fulstop!
MASIH BELUM TERLAMBAT KER?
nak tau jawapannya..jom layan video daripada MUSQ PRODUCTION
kalau lepas dah habis video nih tak dapat jawapan jugak??
jawapannya, Ya! masih belum terlambat lagi
musQ production facebook channel!!
blog berhabuk - Ada apa pada mereka-
shuh shuh...fuhhhhhhh *blog dah berhabuk tahap mega gaban dah ni
dah lame tak update blog nih,
rasenye dah tahap sarang labah2 bape lapis dah nih..
dan rasanya dah boleh lawan kuih lapis sarawak.
haish...mengeluhhh...
duluh niat hati nak rajin selalu update blog..tapi semangat tinggal semangat ajer..
GO GO! kali ini akan lebih cube istiqamah untuk atleast post sumthing ape2 janji target paling kurang seminggu kene submit 2 post untuk tatapan peminat2 musQ production.
**eceh kau, macam la ade peminat sangat~~
haha
Untuk entry panas badan nih berserbi warming up nih, nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat di seluruh dunia khas daripada musQ production.
p/s korek idung tak batal puasa tau..makan taik hidung tuh yang batal puasa..sekian
Saturday, June 23, 2012
Saturday, May 5, 2012
Interview bersama CEO Aras Design Puan Diyana Tahir
Salam + Bismillah + Selamat sejahtera
ini adalah video respon daripada entry blog Shah Alam dan VMIT 1
p/s sila abaikan bunyi hp di dalam video ini. itu adalah effect tambahan.hehe
pengajaran, wajib silentkan hp ada jika hendak interview sumone.
ini adalah video respon daripada entry blog Shah Alam dan VMIT 1
p/s sila abaikan bunyi hp di dalam video ini. itu adalah effect tambahan.hehe
pengajaran, wajib silentkan hp ada jika hendak interview sumone.
Saturday, April 21, 2012
Octocopter (Gambar dan Video)
Salam + Bismillah + Selamat sejahtera
ayuh,tanpa membuang masa lagi kita scroll ke bawah untuk melihat..
melihat sesuatu cara dalam capture video untuk zaman sekarang.
OCTOCOPTER???
Dia ala-ala helikopter la..tapi yang penting penumpang kepada helicopter ini adalah videocam yang digunakan untuk merakam tempat2 yang mustahil dicapai seperti gunung dan bangunan yang tinggi.
Gambar: Kan cantik kalau kita dapat tengok hasil video daripada view atas gunung ini kan. Mesti kita akan kata..wow!! cantiknye..subhanallah
Gambar: contoh gambar yang diambil daripada octocopter
Dan sudah pastilah ia memerlukan remote
supaya dapat dikawal oleh tuan empunya camcopter ini!!
Gambar: contoh gambar remote yang digunakan untuk mengawal octocopter ini
Untuk berkenalan lebih lanjut lagi tetang octocopter dan jenis2 yang seangkatan dengannya.
Ayuh!! kita lihat gambar di bawah beserta hasil video nya
Kelima-lima gambar diatas menunjukkan secara detail tentang struktur octo/cam copter ini. Ia adalah sangat menarik bukan? dengan struktur yang nampak gagah dan cool ini akan membuatkan setiap pencinta video akan mendambakan untuk memilikinya.
JOM KITA LIHAT HASIL VIDEO DARIPADA OCTOCOPTER INI
VIDEO 1
VIDEO 2
p/s Jika kita hendak sesuatu yang luar biasa, kita perlulah berusaha secara sangat luar biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















