Saturday, May 28, 2011

Terjah Istana Arau Perlis!!

Salam + Bismillah + selamat sejahtera

Untuk entry kali nih, musQ dah pon tiba di perlis dan untuk aktiviti pertama. musQ telah sh0ot scence di Istana Arau Perlis SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-65 D.Y.M.M. TUANKU RAJA PERLIS khas untuk sesiapa yang tak pernah melihat lagi keindahan Istana Arau Perlis di waktu malam.

Untuk pengetahuan, kalau anda semua tengok..lampu2 yang cantik dan seperti salji ini hanya akan dibuka sempenan Hari Keputeraan Raja Perlis..so,kepada yang bukan orang utagho..boleh la tengok sendiri..(tapi agak2 berape banyak bil elektrik untuk satu malam nih..musQ dengar untuk sebulan bukak lampu ni ader dekat2 RM2 juta...wallahualam)

Ape2 pon..mari kita tengok ape yang menarik di Istana Arau Perlis nih!!


VIDEO DARIPADA musQ






p/s: kadang2 teringin jugak nak dok dalam istana..nak tengok ape yang best dok dekat tempat besar2
      (“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah                  
       nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Monday, May 23, 2011

Perkahwinan Ayie & Wawa

Salam + Bismillah + Salam Sejahtera

Semoga peminat2 musQ berada dalam sihat semuanya.O0opss!! musQ nih ade peminat ker??..hahaha..tanda soal yang akan ditentukan anda sendiri..so entry kali ini berkisar tentang wedding my cousin iaiatu Ahmad Dzulfadli..dan act dah lame wedding ni tapi baru sekarang berkesempatan nak buat editing video ini dan semuanya mengambil masa 2 hari untuk siapkan..memang letih sebab nak cari part yang sesuai dan untuk dicombinekan dengan alunan music yang sesuai..tapi tak tau la aper yang musQ buat nih sesuai ke tak music nyer..hanya anda yang boleh beri pandagan dan komen..(inilah hasil kerja yang baru 5 bulan dalam sh0oting dan editing nih)

Walaupun ape pon yang terjadi, musQ mendoakan agar kedua dua mempelai iaitu ayie dan wawa dapat menjalani kehidupan rumah tangga dengan bahagia dan sabar dalam menghadapi apa jua rintangan..musQ sentiasa mendoakan agar kalian berdua menjadi suami isteri yang soleh dan solehah dan dapat anak2 yang comei2 belako..hehe...

Seperti biasa musQ telah buat video..dan ader due versi...satu trailer..dan satu full...rajin2 la komen yerr..tq


VIDEO DARIPADA musQ
(TRAILER)





(FULL VERSION)



p/s ada sesape rase nak kahwin tak lepas tengok video nih???hehehe



Thursday, May 19, 2011

bertemu Lin Dan

Salam + bismillah + salam sejahtera

Bertemu Lin Dan??..haha..sebenarnya entry tu saja nak bagi gempak(tapi tak berapa gempak pon) sebab nak suruh korang datang tengok blog aku. Tapi ntah korang pon tak tau siapa tuh Lin Dan. Lin Dan nih pemain badminton lar..dan sebenarnye bukan nak cita pasal dia but nak cita pasal pengembaraan musQ bersama kawan2 di beijing..kalau nak tau sape kengkawan tuh klik sini ...

Dan baru berapa jam lepas, dudok melihat tutorial untuk editing video nih dan terlihat tentang multiple screen.Sebenarnye duluh dah penah try buat..tapi yang nih more better kowt..so, musQ try compile kan tentang video2 semasa di Beijing..ni la hasilnya!!




VIDEO DARIPADA musQ



p/s jauh perjalanan luas pengetahuan..tuntutlah ilmu walaupun sejauh mana kita akan pergi..Islam akan kembali dihormati dengan adanya ilmu!

j0om futsal

Salam + bismillah + salam sejahtera

J0om futsal, memang salah satu sukan yang popular dikalangan student2 sekarang ni.maklumala pagi semua ke kelas malam pulak nak lepas kan tension.So, main la futsal nih..lagi satu..dalam islam pown menggalakkan bersukan nih (boleh kuatkan kan badan, mukmin yang kuat kan lebih disukai berbanding mukmin yang lemah)..Tapi sukan pown kene berpada2 la jugak kan.hehe

Disini musQ serta jugak beberape keping gambar time musQ main futsal untuk tatapan peminat.hahaha

Time menang futsal kosmo peringkat UTHM

wakil futsal masum time tahun 1..sekarang nih dah injured

Futsal MTUN


Di sini musQ nak serta video futsal yang baru jer musQ edit, model player dalam nyer hazwan namenyer..saje je pinjam..takde hebat mane pown dier nih..hehe..j0om tengok


VIDEO DARIPADA musQ



p/s rindu nak bermain bola/futsal gn kengkawan sekolah lame..sekolah menengah Al-hidayah ipoh terutamanya..bila la korunk nak balik dari oversea nih.




Tuesday, May 17, 2011

exhibition project 3rd year UTHM student

Salam + bismillah + selamat sejahtera..

Semoga kalian sihat2 selalu, time musQ post entry ini. Hampir 80% student UTHM dah pulang ke kampung halaman masing2.Al maklum la cuti sem kan..semoga masa cuti nih diisi dengan benda yang bermanafaat.So kali ini musQ nak post tentang satu event yang dianjurkan oleh Kelab kejuruteraan Elektrik yang act agak lame dah berlaku tapi baru skang sempat nak post. Act, ni projek 3rd year by UTHM electrical student yang ambil subjek mikropengawal dan mikroproses (dengar nama subjek pown dah agak gerun).Untuk pengetahuan, projek ini diwajibkan untuk semua student menggunakan sensor sebagai analog input dan juga menggunakan samaada led,lcd atau lain2 komponen yang sesuai untuk dijadikan output.

So, Alhamdulillah..event nih berjalan dengan lancar daripada pukul 9.00 pagi sehingga jam 4 petang. So time event ni banyak kategori dipertandingan contohnye b0oth terbaik, projek terbaik dan juga poster terbaik. Dan majlis penutup bagi acara ni dihadiri oleh Dekan Fakulti Elektrik Elektrik Prof Hj Ayob B Hj Johari..

So, seperti biase musQ pon ader masuk projek nih..Alhamdulillah..no 4!!..type banyak pon korunk letih nak bace..so macam biase trademark musQ..kita tengok video yang telah dish0ot oleh musQ mengenai projek budak2 elektrik yang dihasilkan..gempak2 o0o!!





projek keretapi!!


Lampu trafik


Mesin lipat kain..khas untuk orang2 malas..hehe


Spinning gasing??...


sebenarnye nak detect bape space parking yang tinggal jer..



Projek kumpulan musQ
dapat no 4!!

multi-purpose voltmeter






p/s kepada sesiapa yang projek mereka takde dalam video yang di post nih..jgn marah..musQ tak cukup tangan nak sh0ot sume group..papehal pown!!gud job all electrician student!!

Sunday, May 15, 2011

aksi slow motion

Salam + bismillah..

Entry kali ini berkisar kepada aktiviti slow motion, musQ yang masih lagi dalam tahap beginner akan cube menerangkan basic ilmu tentang slow motion.Dari segi fundamental nyer slow motion bermaksud gerak perlahan yang membolehkan sesuatu objek bergerak lebih perlahan daripada aper yang kite lihat dari mata kasar kita.Secara kasar nyer objek tuh bergerak perlahan lebih dengan setiap pergerakan kurang dari 1 saat.

Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kamera canggih ataupun menggunakan software2 tertentu untuk mengedit video tersebut.so, untuk lebih detail ape tuh slow motion.Kita tengok hasil2 aktiviti slow motion.Video klip yang ketiga adalah hasil daripada terbitan musQ production..cube sehabis baik~~

slow motion outdoor activities



Gabungan aksi2 slow motion




VIDEO DARIPADA musQ

cubaan slow motion daripada musQ!!


p/s Tapi dalam setiap pergerakan kita seharian jgn terlampau slow motion sangat, berpikir dan bertindak pantas~

Thursday, May 5, 2011

musQ on churp churp??

salam + bismillah...

aku pown tak berape paham ape benda nih..j0o0m kita tengok kalau2 korunk minat ker :)

My equipment

Salam + Bismillah...

Untuk entry kali ini, musQ nak ajak datuk/datin/tuan/puan/rakan2/kengkawan tengok setakat sekarang barang2 ataupun equipment yang digunakan oleh musQ untuk shoot video.


Profesional Fancier Tripod

Beli tripod time di China


Baru dibeli seminggu lepas dengan harga RM 10


Gambar time salah satu shooting dengan international student


Untuk pengetahuan anda semua, tripod ini dibeli time musQ pergi ke negara China dalam awal bulan 2 tempoh hari. So, tak lengkap kalau entry nih takde video daripada negara China..so..see this



p/s masuk negara China nih...dah dua kali pergi oversea..harap2 lepas nih ader can lagi..ameennn~




Tuesday, May 3, 2011

Zanita binti Abdullah


Salam + Bismillah…
Zanita binti Abdullah..seorang insan yang mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan aku ke dunia..erm..my ummi..kalau nak dilistkan bagaimana perit jerih pengorbanan ummi dekat aku..tak dapat nak digambarkan..so..aku serta kan entry ini dengan sebuah lagu yang aku nyanyikan khas untuk ummi..sebenarnye..dah lame rakam lagu nih..see n listen

p/s..berdoalah selalu untuk kedua ibu bapa anda~kerana percayalah sesungguhnya mereka tidak penah jemu untuk berdoa kepada kita.

Monday, May 2, 2011

!OH TERKEJUT


salam + Bismillah..
Entry kali nih bertajuk lain sikit sebab diambil dari perkataan !Oh media..ini disebabkan video yang telah dibuat baru2 nih iaitu video foreigner UTHM menyanyi dalam bahasa melayu telah pown dipost oleh !Oh media(sebuah media/blog yang telah pown mempunyai pengikutnya sebanyak 268 ribu..BANYAK TUUUU)
musQproduction telah pown menghantar entry kepada !Oh media dan tak sangka..dapat pulak dipost dekat fb nyer yang mempunyai ramai peminat.Disini disertakan gambar sebagai bukti..huhu…tq !Oh media
OH TERKEJUT!!


di sini saya sertakan link !Oh media..
p/s OH masih lagi TEKEJUT!!

















foreigner nyanyi lagu Melayu


salam + Bismillah..
entry kali nih serba ringkas..selepas shoot satu ceromony majlis(alhamdulillah..tambah pendapatan bulan nih) untuk bebudak somaliland(name negara) dapat satu idea suh foreigner nih nyanyi lagu Melayu..so dapat la dalam 30 second…huhu..memang feeling habis dier nyanyi lagu nih…jom tengok



p/s biler dengar sore foreigner nih nyanyi..rupenyer sore aku nih sedap jugak dari dari dier~~syukur2.. :)

Annual Grand Meeting KKE


salam+bismillah..
baru2 nih dalam awal bulan april ader satu event kelab(Kelab Kejuruteraan Elektrik) untuk setiap tahun..iaitu annual grand meeting..so..ader la shoot sikit2 untuk tatapan..persembahan dikir barat..malas nak type banyak2..ayuh kita layannn~


p/s post nih ditulis selepas joging pagi tadi..rase segar satu badan~~!!

Bulan yang Bz


salam + bismillah
rasenyer dah sebulan lebih entry baru tak masuk, entry sebelum dah janjikan video2 yang sudah shoot[walaupun tak berape banyak..tapi atleast ader la jugak sikit2 :) ] akibat bz sebagai student dan projek yang bertimbun,so rasanya blog nih dah cukup bersarang lame tak disentuh
SHOOT DEPAN BUS STATION UTHM(BUAT TIMELAPS)




so,sebelum habiskan entry nih..nak mengucapkan selamat menduduki peperiksaan final kepada semua mahasiswa/i seluruh negara.Semoga dapat menjawab exam dengan cemerlang.Doa jangan lupe!!

5 bulan~


salam + bismillah..
hari nih genap dan cukup 5 bulan aku masuk kat dalam dunia video nih.Aku rase aku masih lagi tak cukup ilmu dalam bidang nih.Tapi aku jugak puas hati dengan hasil kerja aku setakat nih sebab aku dapat expose benda2 camnih melalui search gune internet jer..(niat hati nak berguru dengan pakar memang ada,tapi memang mahal bayaran yuran nyer..huhu)
Nak dijadikan citer camne aku leh berjinak dalam bidang nih,first! sebab aku minat dalam benda2 elektronik macam video nih.so,aku belilah gadjet dengan duit yang aku ader..nih la video cam beginner aku yang pertama
mesti korunk terpk2..bape harga nyer..price time aku beli adalah dalam range RM1000-RM1200 sekali dengan warranty dan jugak tripod(tapi tripod yang dier bagi tak cambest..huhu)..time aku post entry nih tak tau la harga latest berape.
so,kepada korunk yang agak2 memang berminat dalam video nih..kalau untuk beginner..boleh la beli handycam nih..memang frendly user dan jugak ia dalam bentuk touch screen.mudah digunakan.
-untuk entry kali nih,setakat tuh sahaja..

PANDANGAN DARI DEPAN


PANDANGAN DARI TEPI

p/s semasa tulis entry nih,baru lepas shooting untuk projek member..untuk melihat hasilnya..kita tengok next entry!! wasalam ^_^







Salam + Bismillah


Salam semua
orang moden?mesti korunk rase pelik kan dengan name title first entry,act rase macam orang moden sebab banyak geng2 lain dah buat blog sejak dari kecik lagi.tapi aku baru nak berkecimpung dalam bidang nih
owh lupe,act tujuan utama buat blog nih adalah untuk mempublishkan semua video-video saya dan segala editing tentang video yang telah saya buat.so,untuk pengetahuan semua nama syarikat(wah2..suke2 jer name syarikat kan..hehe) musQ production.Nama ni diambil sempena nama aku sendiri iaitu Ahmad Mustaqim B Jinal.
Act skarang nih aku still bergerak solo lagi tanpa ader team member mane2..so pada sesiap yang berminat jugak nak jugak join dan yang penting minat benda2 seperti editing video dan shoot video dekat luar mane leh contact aku arale_fry@yahoo.com/musq2103@gmail.com
korunk gak leh follow aku nyer facebook di http://www.facebook.com/pages/MusQ-Prodcution/158838357469466
Dan lagi sekali aku nak ucap minta maaf sebab agak tak proper dan berterabur aku nyer first entry nih.selamat berkenalan dengan anda semua!!