Thursday, December 27, 2012

Salam Perantauan dari Indonesia





Bismillah + Selamat sejahtera.

Salam perantuan dari saya, musQ production








Alhamdulillah, semuanya baek2 bangat di sini.




Monday, December 17, 2012

Awan biru pudar






siang malam silih berganti,
mencari makna kehidupan hakiki,
awan biru dahulunya berseri,
pudar warna tanpa sedari


awan....

awan...

bukalah..lebarkanlah..agar awan hitam segera beredar

menggamit awan biru kembali.






-Ahmad Mustaqim-








Saturday, December 1, 2012

Harimau Malaya sifat tulennya mengaumm~



 Ranking Bola sepak Palestine, 148
Ranking Bola sepak Malaysia, 163 


"Mungkin pemain2 bola sepak malaysia perlu melihat kepayahan dan kesusahan 
Allahyarham Datuk Abdul Ghani Minhat menjadi raja bola sepak"



Demam AFF suzuki Cup


* Sifat Harimau adalah kekuatan dan keberanian, boleh dikategorikan sebagai Raja Rimba,
bukan RajaGobal yer, jangan konfius. Semoga pemain Harimau berperwatakan seperti
Harimau, bukan Hari-hari mau kene lauk dengan team lawan.
* Orang yang kuat tuh kan lebih disayangi dan disukai Allah kan. So why not u'll
buktikan skarang menang piala AFF suzuki CUP. Good Luck.



Sumber rangking, FIFA.com




Bulan December menggamit, Tahun 2013 memanggil


 Salam + Bismillah + Selamat Sejahtera

* Semoga panji-panji Islam terus berkibar megah.


Fuh! blog nih dah tahap gaban berhabuk, dan dalam keadaan nada yang sangat sedih. Planning yang telah 
dirancang untuk tahun ini tidak tercapai dek penangan bz kerja yang teramat sangat.

(Ingat waktu lapang sebelum sempit. Kan dah kene sebijik)


Ini antara plan ataupun target yang dirancang sebelum 2013 menjengah tetapi nampak gayanya 
tak dapat direalisasikan.

1) Membuat short filem, masuk pertandingan
2) Memberi talk khusus dalam bidang Videografi
3) Membeli gadget yang akan meng'osem'kan persembahan short filem




Slider , antara gajet yang paling ingin dibeli oleh musQ. Boleh mempelbagaikan teknik shooting. 





Di antara ketiga-tiga list nih, list yang ketiga semakin hampir untuk dicapai. Semoga dipermudahkan.
Dan untuk pengetahuan, short untuk filem tergendala seketika ekoran gajet telah dipinjam oleh abang
untuk dibawa ketika training di Korea.



* Berharap sangat semoga 2013 lebih komited dan berdisiplin dalam 
menjayakan misi dan harapan yang terbelengkalai untuk tahun 2012
* Kepada seluruh umat islam, teruskan berdoa untuk saudara-saudara
kita yang sedang berjihad di JalanNya di pelusuk dunia terutamanya 
saudara-saudara kita di Palestin, Syria, dan tak lupa juga di Malaysia.








Friday, September 21, 2012

Travelog: Jordan, here I come




Sob sob sob, kedengan suara teresak-esak pada pukul 2 pagi pada 13 september
Hari khamis bertempat di KLIA. Tujuan hanya satu, menuntut ilmu di bumi yang fana.



Terbanglah!Terbanglah!
Kepulanganmu kami nanti mencoret dan menceriakan ummah!

athirah, bertudung hijau muda, adik kedua terakhir.. Universiti al-bayt Jordan, InshaAllah



status di facebook setelah selamat transit di Doha, Qatar sebelum terbang ke  Amman Jordan



p/s ketika nukilan ini ditulis, athirah telah selamat sampai ke Jordan. Alhamdullillah praise to Allah


Terbang tinggi mencecah awan,
Sampai ke Jordan negara idaman,
Menuntut lah ilmu dengan iman,
ummah di sini menanti bidadari impian.




Crane, membuat movie anda lebih hidup!


Walaupun alat ini sudah digunakan meluas di dalam industri perfileman atau short film,
ini adalah salah satu alat yang musQ ingin dapatkan.

There is no reason why i want this stuff,
Just enjoy the clip!!
you will know why.




Di bawah ini adalah spec tentang crane ini dan apakah item yang sesuai untuk beroperasi bersamanya.


Specifications:

Length from tripod to camera 250cm at its longest length, or 130cm at its shortest length.
Length from tripod to weight bar 110cm.
Total length: 360cm or 240cm at its shorter length.
Vertical crane movement from ground level to 370cm (at its longest length) or 200cm (at its shortest length).
Transit Size: 120 x 18 x 16 cm.
Weight: 7kg.

Ideal for Sony Z1/FX1, V1/FX5, A1/HC1/5/7, Canon A1, MX1/2, PanasonicDVX100, HVE200. etc. and all handheld camcorders!












Thursday, September 13, 2012

Eidul Fitri [HD]



Selamat Hari Raya daripada musQ production

"maaf ampun segala salah silap"

video boleh dilihat dalam HD, wah!! HD tuh.



p/s bile agak2nya boleh kumpul duit untuk beli accessories yang mantap2 sikit









Travelog Ipoh & Kawan2



Assalamualaikum


"Berkawan itu best,tapi lagi best jika disandarkan atas dasar kefahaman kpd Islam yg jitu"


Scene
1. Stesen Keretapi Ipoh
2. Ayam penyet Dataran Ipoh



maaf, kualiti video kurang memuaskan.






Saturday, August 11, 2012

Apa beza TRIpod dan MONOpod?



Kepada yang berminat untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai perbezaan tripod dan monopod, boleh tengok video di bawah,
penerangan ringkas, padat dan menepati piawaian..hehe










Tripod




monopod










Monday, August 6, 2012

Status Halal suatu produk atau makanan (video)






Video yang dibuat oleh musQ ini sebenarnya adalah atas permintaan dari seorang rakan yang
mahu membuat presentation bagaimana untuk mengetahui status halal sesuatu produk atau makanan
dengan menggunakan status cek secara online.

Atas iniatif ini diharapkan dapat memudahkan pengguna Islam khususnya bagi memilih makanan yang sesuai dan halal yang pastinya!

yerla...kan makanan yang kita makan tuh akan effect badan kita rite..

Video yang lebih secara tutorial ini menggunakan satu software lain 
yang dinamakan fraps. Software fraps ini selalu digunakan oleh gamers untuk merakam permainan video yang telah mereka mainkan di dalam komputer tersebut

Di sini disertakan ilustrasi gambar bagi software Fraps


Laman utama software Fraps.



Simbol bagi software ini



Software ini membolehkan permainan game dirakam, seperti contoh permainan DOTA, PES








Thursday, July 26, 2012

Puasa? masih belum terlambat ker?



*zass zass (sapu sampah lagi....)

mood untuk sapu bersih segala sawang yang telah bersarang berkurun lama dalam blog nih,
memang kene gune vakum level 10 untuk bersihkan

*vakum level 10 - kekuatan dalaman diri disertakan usaha yang amat gigih..cewah


ok, mood serius

Alhamdulillah, saat entry nih dibaca oleh anda semua..ramadhan telah pon sampai ke hari yang keenam

APA! hari keenam?? yup, sedar tak sedar anda semua pon tak perasan kan yang puasa dan masuk hari keenam. Semoga puasa ini ( kalau tak banyak pon serba sedikit) dapat melonjakkan momentum untuk anda terus berlari laju bak cheetah untuk terus melakukan amal kebaikan kepada-Nya pada hari-hari yang lain dan juga pada bulan-bulan yang lain..

Kepada yang belum lagi mengorak langkah,
apa kata anda yang masih lagi sedang bermuka buku, berkicau, berdengkuran..
kita amek iniatif untuk bermula dari sekarang untuk satu titik perubahan pada kehidupan kita...


*bulan puasa bulan tidur?? erm...ye kot




MASIH BELUM TERLAMBAT KER?
NOPE, Totally nope..you r still in da zone that u can change ur self and ur world!

wah,konfiden dan dengan penuh rasa yakin nye musQ cakap camnih. Yup, saya cakap begitu kerana manusia ini secara fitrah mempunyai sikap yang ingin menuju kearah kebaikan tetapi terkadang malu kerana perbuatan itu dianggap janggal di dalam dunia yang kononnya serba moden yang katanya alergik untuk mempelajari ilmu-ilmu agama ini. Semuanya bermula dari diri kita!

MASIH BELUM TERLAMBAT KER?
yerr...masih belom terlambat la cik akak adik abang tuan puan datin datok semua....

Ini antara benda yang anda boleh buat untuk efektif kan kembali mood ramadhan anda

1) Jika anda seorang yang kerap tidur (melebih waktu yang tidur yang secukupnya), anda boleh mengubahnya dengan mengurangkan waktu tidur sehari selama 30 minit sehingga anda mencapai tahap tidur yang secukupnya. Iaitu lebih kurang 6-7 jam.

aah, kalau anda bayi..rasanya tak salah nak tidur 24 jam pown..hoho

2) Jika anda seorang yang malas untuk baca quran, mulekan dengan ayat2 pendek..mungkin boleh praktikkan dengan bacaan juzuk 30 dahulu untuk mendapatkan momentum sebelum pergi ke juzuk seterusnya.. Ya, bacaan Quran tidak semestinya perlu bermula pada juzuk yang pertama. Ini dicadangkan..kerana kebanyakan daripada kita sudah boleh menghafal serba sedikit surah pada juzuk 30. InshaAllah.

3) Jika anda seorang perokok tegar, ini lah ruangnya untuk kita mmbuat satu titik perubahan supaya meninggalkan tabiat rokok tersebut..

*Kau cakap senang la kau tak rokok

Ya, memang musQ tak nafikan yang memang sangat sukar untuk meninggalkan amalan rokok tersebut. Tetapi kita jgn ambil tindakan yang drastik dengan tidak menghisap rokok terus selama sehari. naik menggelatar satu badan rasanya.. Mulakan dengan pengurangan, mungkin duluh 2 kotak satu bulan..sekarang satu kotak satu bulan..inshaAllah..kalau istiqamah dan bersungguh-sungguh pasti akan dipermudahkanNya.


agak2 tengkorak nih hisap rokok jenama apa la yang sedap sangat tuh ye.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka 
sendiri"
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)



4) Kalau rasa tak nak puasa??? haaa, senang je jawapannya..
tunggulah azab kat akhirat kelak. fulstop!






MASIH BELUM TERLAMBAT KER?


nak tau jawapannya..jom layan video daripada MUSQ PRODUCTION






kalau lepas dah habis video nih tak dapat jawapan jugak??

jawapannya, Ya! masih belum terlambat lagi



musQ production facebook channel!!







blog berhabuk - Ada apa pada mereka-




shuh shuh...fuhhhhhhh *blog dah berhabuk tahap mega gaban dah ni

dah lame tak update blog nih,
rasenye dah tahap sarang labah2 bape lapis dah nih..
dan rasanya dah boleh lawan kuih lapis sarawak.

haish...mengeluhhh...

duluh niat hati nak rajin selalu update blog..tapi semangat tinggal semangat ajer..

GO GO! kali ini akan lebih cube istiqamah untuk atleast post sumthing ape2 janji target paling kurang seminggu kene submit 2 post untuk tatapan peminat2 musQ production.

**eceh kau, macam la ade peminat sangat~~

haha

Untuk entry panas badan nih berserbi warming up nih, nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat di seluruh dunia khas daripada musQ production.






p/s korek idung tak batal puasa tau..makan taik hidung tuh yang batal puasa..sekian






Saturday, May 5, 2012

Interview bersama CEO Aras Design Puan Diyana Tahir

Salam + Bismillah + Selamat sejahtera

ini adalah video respon daripada entry blog Shah Alam dan VMIT 1







p/s sila abaikan bunyi hp di dalam video ini. itu adalah effect tambahan.hehe
pengajaran, wajib silentkan hp ada jika hendak interview sumone.



Saturday, April 21, 2012

Octocopter (Gambar dan Video)

Salam + Bismillah + Selamat sejahtera


ayuh,tanpa membuang masa lagi kita scroll ke bawah untuk melihat..
melihat sesuatu cara dalam capture video untuk zaman sekarang.


OCTOCOPTER???


Dia ala-ala helikopter la..tapi yang penting penumpang kepada helicopter ini adalah videocam yang digunakan untuk merakam tempat2 yang mustahil dicapai seperti gunung dan bangunan yang tinggi.



Gambar: Kan cantik kalau kita dapat tengok hasil video daripada view atas gunung ini kan. Mesti kita akan kata..wow!! cantiknye..subhanallah




Gambar: contoh gambar yang diambil daripada octocopter


Dan sudah pastilah ia memerlukan remote 
supaya dapat dikawal oleh tuan empunya camcopter ini!!



Gambar: contoh gambar remote yang digunakan untuk mengawal octocopter ini


Untuk berkenalan lebih lanjut lagi tetang octocopter dan jenis2 yang seangkatan dengannya.


Ayuh!! kita lihat gambar di bawah beserta hasil video nya









Kelima-lima gambar diatas menunjukkan secara detail tentang struktur octo/cam copter ini. Ia adalah sangat menarik bukan? dengan struktur yang nampak gagah dan cool ini akan membuatkan setiap pencinta video akan mendambakan untuk memilikinya.



JOM KITA LIHAT HASIL VIDEO DARIPADA OCTOCOPTER INI





VIDEO 1



VIDEO 2







p/s Jika kita hendak sesuatu yang luar biasa, kita perlulah berusaha secara sangat luar biasa.



Wednesday, April 18, 2012

Faris, Mujahid Setia




Gambar si Faris, makin tembam pipinya. Tapi yang penting ada lesung pipi.hehe ^_^
Semoga menjadi pejuang menegakkan agama Allah, inshaAllah.








Shah Alam dan VIMT 1





Bismillah + Assalamualaikum + Selamat Sejahtera


*syukur masih lagi dikurniakan nikmat2 untuk sedut udara oksigen yang free gift ini, Alhamdulillah


kepada semua fanz,peminat,pengikut,tuan,puan atau segalam macam orang yang follow dis blog. Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.


"bukankah orang yang kuat tuh lebih disukai Allah" ^_^


InshaAllah, setelah berhari2, beratus jam tidak updated blog ini. (Agak busy kebelakangan nih dengan projek subjek dan juga projek final year. InshaAllah musQ akan tamat pengajian dalam bidang degree electrical engineering pada akhir bulan 7. So kepada syarikat yang teringin mencari pekerja yang dedikasi dan rajin cepat2 la hire musQ yer, kalau tidak anda akan pasti rugi besar.hehehe


Berbalik kepada entry kali, ia berkisar mengenai kisah musQ di Shah Alam yang bertujuan utama untuk menghadiri seminar internet video marketing yang disampaikan oleh Puan Diyana Tahir. 



KENAPA HADIR?



untuk menjawab soalan ini, musQ sanggup from johor datang ke Shah Alam adalah untuk grab seberapa peluang yang ada daripada pakar. Kerana satu yang musQ pegang adalah jika kita inginkan sesuatu, kita perlulah mempunyai seorang guru sebagai pembimbing dan role model yang perlu kita ikut.

Alhamdulillah, banyak perkara baru yang musQ perolehi sepanjang program itu disamping bertukar2 kenalan dengan pelbagai latar peserta yang rata2 nya sudah berkejaya dan sudah berkahwin.

*musQ belom kawin lagi*


Disini musQ sertakan beberapa keping gambar semasa program tersebut berlangsung

tangkap menggunakan samsung galaxy megapixel 2.0 



sape yang tak tau nama sebenar musQ ialah Ahmad Mustaqim Jinal




Tag name yang sangat jimat kos.hehe.main lekat dan pakai buang




Seminar Internet Video Marketing




Sesi pagi : Lebih kepada pengenalan untuk pemahaman peserta




Brake untuk solat zohor. Bersama Abang Shamsul (Engr Samsung) dan Bro Zuhri (CEO syarikat pringting)




Sesi petang : Pembelajaran basic video menggunakan sony vegas




Lionel messi bersama dengan Didier drogba :)




Lokasi: Laman Seri Business Park




Bersama spekar kita Puan Diyana Tahir






p/s entry yang seterusnya musQ akan serta video interview bersama Puan Diyana Tahir dan will upload gambar faris ( anak buah)








Monday, March 19, 2012

Green Screen 2nd! mcm mana nak jadi superman?!

Salam + Bismillah + Selamat Sejahtera


Seperti yang telah musQ janjikan dalam beberapa entry yang lepas, musQ akan post kan entry tentang advance green screen yang musQ telah produced!


advance?? advance la kononnn ^_^


Secara ringkasnya video ini musQ ingin buat ala-ala seperti dalam berita ataupun laporan kaji cuaca yang selalu anda tengok dalam tv tu kan. So, musQ telah pon produce something yang seakan2 seiras dengan nya.


YA! semuanya hanya menggunakan Green Screen!



Gambar : Menunjukkan contoh bagaimana pemberita sedang membentangkan laporan kaji cuaca, ini adalah antara contoh teknik green screen yang digunakan. Sebenarnye di belakang pemberita tu tiada imej seperti yang ditunjukkan. Dia perlu menghafal setiap tempat yang ada di dalam peta tersebut sebelum bersiaran.





Video di atas menunjukkan salah satu contoh video yang menggunakan editing green screen.

Jadi sekarang anda dah tau kan macam mana SUPERMAN yang anda minati dulu tuh boleh terbang di udara??


SOOOOO easyyyyyyyyyyyyyyyyyyy~~ ^_^



Tapi tak berapa bestlah kalau musQ asyik post video orang lain kan. So musQ serta kan sekali video yang telah musQ buat yang bertajuk "KENDERAAN UTHM BERGERAK SELAJU 500km/j"




Nak tau betol atau tidak kenderaan di UTHM bergerak selaju 500 km/j, ayuh saksikan video klip di bawah!



VIDEO DARIPADA musQ




sori kalau muka hensem sangat =.=




p/s seluruh orang mukmin tuh bersaudara kan? so, kenapa nak ade gadoh2 nak perpecahan? so jadi superman di kalangan anda yang boleh merubah keadaan sekeliling anda menjadi lebih baik keadaannya. InshaAllah

















Sunday, March 11, 2012

47 000 viewer

Salam + Bismillah + Selamat sejahtera




 sumber dari youtube, setakat 11 mac 2012. Sudah 47 000 orang yang telah melihat video musQ. Teruskan menyokong




Thursday, March 8, 2012

Skrin Hijau Pertama!

Salam + Bismillah + Selamat sejahtera


senyum2 selalu ^_^ dan semoga semua berada dalam keadaan sihat2 belaka


*mood lame tak update blog sebab bz and agak sedikit berat nak update 
(sebenarnya malas nak taip) hehe..


Seperti yang telah musQ janjikan dalam entry yang lepas berkenaan Green Screen klik untuk lihat entry yang musQ buat sendiri di dalam rumah. Ini adalah hasil video yang telah musQ buat. Jom saksikan!



VIDEO DARIPADA musQ



Video agak sedikit bergoyang2 kerana kain green screen tuh hanya dilekatkan menggunakan tape sahaja. maklumlah duit tak mencukupi.



Setelah membuat sedikit research dan menonton tutorial di youtube, musQ dah pon buat satu video yang lebih advance sedikit daripada ini yang musQ akan postkan dalam entry yang terbaru.


NANTIKAN!!



* Untuk sebarang pertanyaan kepada musQ production boleh la emailkan kepada musq1307@gmail.com



p/s ayuh2 sama kita letakkan kembali islam ke tempat asalnya, iaitu tempat yang paling mulia dan tinggi di sisi manusia dan juga Allah.




Friday, February 24, 2012

Studio di dalam rumah - musQ



Salam + Bismillah + Selamat Sejahtera

"Semoga saudara2 seislam di seluruh dunia diberi kekuatan olehNYA"


Berbekalkan keazaman, keberanian, keIQan, serta kebolehan yang tinggi! cewah. Takdelah sebenarnya berbekalkan modal RM8, terbinalah studio dalam rumah yang pertama untuk musQ

RM8?????biar betol!

YA!!

RM8 adalah cukup untuk membeli kain 1 meter setengah berwarna hijau yang akan musQ jadikan sebagai background belakang yang lebih dikenali dalam dunia editing video sebagai GREEN SCREEN

Berbekalkan handset yang bukan jenis slide2 yang hanya mempunya application camera 2.0 megapixel
ini lah hasil gambar yang musQ tangkap 





Lokasi pertama yang musQ letak sebelum diubah lokasi kerana keadaan lighting yang kurang memuaskan dalam menghasilkan video yang terbaik




Lokasi diubah kepada tempat yang mempunyai lebih banyak cahaya. Ini untuk mengurangkan kadar shadow di dalam video itu nanti. Dan hasilnya lebih memuaskan!




Lagi gambar dalam posisi yang lain



InshaAllah dalam entry yang seterusnya
musQ akan paparkan video yang telah musQ buat dengan menggunakan GREEN SCREEN nih



"Takde lah hebat sangat.....tapi boleh laaaa video tuh..hehe"




Untuk sebarang maklumat lanjut boleh ke page fb musQ production


--------> musQ production facebook channel






Thursday, February 16, 2012

Perutusan Penting & Beijing,China






bukan gambar hiasan


Salam + Bismillah + Selamat Sejahtera

Semoga sihat selalu ^_^

Sebenarnya entry kali ini adalah berkenaan perutusan email (seperti dalam gambar diatas..kan dah bagitau bukan hiasan) yang musQ dapat untuk menghadiri seminar video buat pertama kali dalam hidup musQ


habis tuh macam mana musQ buat semua video sebelum nih? jeng3

ya! pasti anda tertanya tanya soalan seperti di atas kan. Kebanyakan nya musQ belajar dengan

1. Melihat tutorial utube
2. Surfing internet lihat web2 berkaitan video dan editing
3. Tengok cerita2 pendek 
4. Lihat video2 wedding untuk mendapatkan idea (antara video wedding yang agak terkenal of cos la daripada cst production) inshaAllah selepas nih musQ production. amenn




Ini adalah antara sebahagian cara musQ untuk menajamkan lagi skill dalam dunia videografi ini. 
Kalau anda mahu, anda kenalah berusaha.InshaAllah bermula dari bawah dan lama kelamaan anda akan berjaya kalau betul caranya.


musQ pegang dengan pepatah,kalau kita ingin belajar sesuatu mestilah mempunyai gurunya.
Setelah bertapa secara solo..cewahhhh bertapa la pulak...
setelah solo dalam mencari idea2 dalam videografi ini, terdetik di hati musQ untuk berguru dengan seorang insan yang agak meningkat naik dalam dunia editing sekarang iaitu cik Diyana Tahir..eh bukan cik tapi       Puan Diyana Tahir..hehe


(kalau korunk nak tengok biodata nya..google la sendiri yer..hehe..tapi overall boleh bukak website nya seperti tertera di atas)


Memandangkan musQ akan pulang menyambung pengajian di UTHM, Johor
so, seminar yang akan musQ pergi bertempat di Johor pada 17 Mac 2012



VIDEO TAKDA GAMBAR ADA!

musQ bergambar bersama peminat yang musQ jumpa di china. Siap mintak sign lagi.hehe



Bergambar dengan crew2 di hadapan sungai ais




ah ko, bajet ko ada production ko hebat sangat la..kata mad kepada musQ



Bersama pelajar PHD Beijing Institute of Technology



Hanya segelintir gambar yang sempat musQ cilok daripada akaun facebook azimah hamzah. Credit to her. Semoga setiap langkah dan penat lelah yang musQ buat mendapat pahala disisiNya.

k bye!




owhhhhhh....ape bye2! tak reti bagi salam ker????


o0opssssssssssssss maaf yer pakcik!



Assalamualaikum + senyuman! ^_^




p/s bukankah senyuman itu sedekah yang paling senang dan mudah untuk diberi!
syria will be freedom.InshaAllah!