Thursday, July 26, 2012

Puasa? masih belum terlambat ker?



*zass zass (sapu sampah lagi....)

mood untuk sapu bersih segala sawang yang telah bersarang berkurun lama dalam blog nih,
memang kene gune vakum level 10 untuk bersihkan

*vakum level 10 - kekuatan dalaman diri disertakan usaha yang amat gigih..cewah


ok, mood serius

Alhamdulillah, saat entry nih dibaca oleh anda semua..ramadhan telah pon sampai ke hari yang keenam

APA! hari keenam?? yup, sedar tak sedar anda semua pon tak perasan kan yang puasa dan masuk hari keenam. Semoga puasa ini ( kalau tak banyak pon serba sedikit) dapat melonjakkan momentum untuk anda terus berlari laju bak cheetah untuk terus melakukan amal kebaikan kepada-Nya pada hari-hari yang lain dan juga pada bulan-bulan yang lain..

Kepada yang belum lagi mengorak langkah,
apa kata anda yang masih lagi sedang bermuka buku, berkicau, berdengkuran..
kita amek iniatif untuk bermula dari sekarang untuk satu titik perubahan pada kehidupan kita...


*bulan puasa bulan tidur?? erm...ye kot




MASIH BELUM TERLAMBAT KER?
NOPE, Totally nope..you r still in da zone that u can change ur self and ur world!

wah,konfiden dan dengan penuh rasa yakin nye musQ cakap camnih. Yup, saya cakap begitu kerana manusia ini secara fitrah mempunyai sikap yang ingin menuju kearah kebaikan tetapi terkadang malu kerana perbuatan itu dianggap janggal di dalam dunia yang kononnya serba moden yang katanya alergik untuk mempelajari ilmu-ilmu agama ini. Semuanya bermula dari diri kita!

MASIH BELUM TERLAMBAT KER?
yerr...masih belom terlambat la cik akak adik abang tuan puan datin datok semua....

Ini antara benda yang anda boleh buat untuk efektif kan kembali mood ramadhan anda

1) Jika anda seorang yang kerap tidur (melebih waktu yang tidur yang secukupnya), anda boleh mengubahnya dengan mengurangkan waktu tidur sehari selama 30 minit sehingga anda mencapai tahap tidur yang secukupnya. Iaitu lebih kurang 6-7 jam.

aah, kalau anda bayi..rasanya tak salah nak tidur 24 jam pown..hoho

2) Jika anda seorang yang malas untuk baca quran, mulekan dengan ayat2 pendek..mungkin boleh praktikkan dengan bacaan juzuk 30 dahulu untuk mendapatkan momentum sebelum pergi ke juzuk seterusnya.. Ya, bacaan Quran tidak semestinya perlu bermula pada juzuk yang pertama. Ini dicadangkan..kerana kebanyakan daripada kita sudah boleh menghafal serba sedikit surah pada juzuk 30. InshaAllah.

3) Jika anda seorang perokok tegar, ini lah ruangnya untuk kita mmbuat satu titik perubahan supaya meninggalkan tabiat rokok tersebut..

*Kau cakap senang la kau tak rokok

Ya, memang musQ tak nafikan yang memang sangat sukar untuk meninggalkan amalan rokok tersebut. Tetapi kita jgn ambil tindakan yang drastik dengan tidak menghisap rokok terus selama sehari. naik menggelatar satu badan rasanya.. Mulakan dengan pengurangan, mungkin duluh 2 kotak satu bulan..sekarang satu kotak satu bulan..inshaAllah..kalau istiqamah dan bersungguh-sungguh pasti akan dipermudahkanNya.


agak2 tengkorak nih hisap rokok jenama apa la yang sedap sangat tuh ye.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka 
sendiri"
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)



4) Kalau rasa tak nak puasa??? haaa, senang je jawapannya..
tunggulah azab kat akhirat kelak. fulstop!






MASIH BELUM TERLAMBAT KER?


nak tau jawapannya..jom layan video daripada MUSQ PRODUCTION






kalau lepas dah habis video nih tak dapat jawapan jugak??

jawapannya, Ya! masih belum terlambat lagi



musQ production facebook channel!!







No comments:

Post a Comment