Friday, February 24, 2012

Studio di dalam rumah - musQ



Salam + Bismillah + Selamat Sejahtera

"Semoga saudara2 seislam di seluruh dunia diberi kekuatan olehNYA"


Berbekalkan keazaman, keberanian, keIQan, serta kebolehan yang tinggi! cewah. Takdelah sebenarnya berbekalkan modal RM8, terbinalah studio dalam rumah yang pertama untuk musQ

RM8?????biar betol!

YA!!

RM8 adalah cukup untuk membeli kain 1 meter setengah berwarna hijau yang akan musQ jadikan sebagai background belakang yang lebih dikenali dalam dunia editing video sebagai GREEN SCREEN

Berbekalkan handset yang bukan jenis slide2 yang hanya mempunya application camera 2.0 megapixel
ini lah hasil gambar yang musQ tangkap 





Lokasi pertama yang musQ letak sebelum diubah lokasi kerana keadaan lighting yang kurang memuaskan dalam menghasilkan video yang terbaik




Lokasi diubah kepada tempat yang mempunyai lebih banyak cahaya. Ini untuk mengurangkan kadar shadow di dalam video itu nanti. Dan hasilnya lebih memuaskan!




Lagi gambar dalam posisi yang lain



InshaAllah dalam entry yang seterusnya
musQ akan paparkan video yang telah musQ buat dengan menggunakan GREEN SCREEN nih



"Takde lah hebat sangat.....tapi boleh laaaa video tuh..hehe"




Untuk sebarang maklumat lanjut boleh ke page fb musQ production


--------> musQ production facebook channel






Thursday, February 16, 2012

Perutusan Penting & Beijing,China






bukan gambar hiasan


Salam + Bismillah + Selamat Sejahtera

Semoga sihat selalu ^_^

Sebenarnya entry kali ini adalah berkenaan perutusan email (seperti dalam gambar diatas..kan dah bagitau bukan hiasan) yang musQ dapat untuk menghadiri seminar video buat pertama kali dalam hidup musQ


habis tuh macam mana musQ buat semua video sebelum nih? jeng3

ya! pasti anda tertanya tanya soalan seperti di atas kan. Kebanyakan nya musQ belajar dengan

1. Melihat tutorial utube
2. Surfing internet lihat web2 berkaitan video dan editing
3. Tengok cerita2 pendek 
4. Lihat video2 wedding untuk mendapatkan idea (antara video wedding yang agak terkenal of cos la daripada cst production) inshaAllah selepas nih musQ production. amenn




Ini adalah antara sebahagian cara musQ untuk menajamkan lagi skill dalam dunia videografi ini. 
Kalau anda mahu, anda kenalah berusaha.InshaAllah bermula dari bawah dan lama kelamaan anda akan berjaya kalau betul caranya.


musQ pegang dengan pepatah,kalau kita ingin belajar sesuatu mestilah mempunyai gurunya.
Setelah bertapa secara solo..cewahhhh bertapa la pulak...
setelah solo dalam mencari idea2 dalam videografi ini, terdetik di hati musQ untuk berguru dengan seorang insan yang agak meningkat naik dalam dunia editing sekarang iaitu cik Diyana Tahir..eh bukan cik tapi       Puan Diyana Tahir..hehe


(kalau korunk nak tengok biodata nya..google la sendiri yer..hehe..tapi overall boleh bukak website nya seperti tertera di atas)


Memandangkan musQ akan pulang menyambung pengajian di UTHM, Johor
so, seminar yang akan musQ pergi bertempat di Johor pada 17 Mac 2012



VIDEO TAKDA GAMBAR ADA!

musQ bergambar bersama peminat yang musQ jumpa di china. Siap mintak sign lagi.hehe



Bergambar dengan crew2 di hadapan sungai ais




ah ko, bajet ko ada production ko hebat sangat la..kata mad kepada musQ



Bersama pelajar PHD Beijing Institute of Technology



Hanya segelintir gambar yang sempat musQ cilok daripada akaun facebook azimah hamzah. Credit to her. Semoga setiap langkah dan penat lelah yang musQ buat mendapat pahala disisiNya.

k bye!




owhhhhhh....ape bye2! tak reti bagi salam ker????


o0opssssssssssssss maaf yer pakcik!



Assalamualaikum + senyuman! ^_^




p/s bukankah senyuman itu sedekah yang paling senang dan mudah untuk diberi!
syria will be freedom.InshaAllah!








Monday, February 13, 2012

Ini Jiwa,Kisah Saya - musQ

Salam + Bismillah + Selamat sejahtera



Lama rasanya tak post entry yang baru!
Tapi anda semua boleh mengetahui update terbaru musQ di




profile fanpage musQ production





Terlalu asyik promote page sampai terlupa bertanya khabar..hehehe ^_^

Apa Khabar semua? semoga semuanya berada dalam keaadaan sihat dan sentiasa ceria. Alhamdulillah musQ berada dalam keadaan sihat walafiat cuma baru-baru ini keadaan kesihatan tidak berapa menentu. Mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang masih banyak lagi ada di dalam diri.

Mujur keluarga banyak membantu ketika dalam keadaan sakit. InshaAllah pada entry kali ini, musQ ingin memberikan satu post viedo mengenai keluarga. Selain tujuan untuk membuat video ringkas untuk family, musQ dapat juga menajamkan skill bagi membuat editing video ini.




gambar menunjukkan keseluruhan layer yang digunakan dalam sony vegas untuk musQ hasilkan video keluarga bahagia ini.



Diantara transition dan video fx yang digunakan musQ adalah

1. Defocus
2.Deform
3.Film Grain
4. Film Effects
5. Lens Flare
6.Light rays
7. Rays
8. Swirl
9. Tv simulator
10. Wave
11. Sharpen



Ini adalah sebahagian video fx yang digunakan musQ untuk video ini. Jikalau inginkan yang lebih detail. Anda boleh tengok tutorial2 di youtube ataupun di laman2 sesawang editing software.





VIDEO DARIPADA musQ



serba ringkas penerangan mengenai video ini. Keseluruhan gambar ini diambil ketika musQ dan keluar berada di negara matahari terbit Jepun. Satu pengalaman yang sangat menarik walaupun hanya berkesempatan untuk tinggal di sana selama setahun. Sebuah negara yang sangat berdisiplin dan bersalji.hehe..Pergi ke negara sana ketika berumur 4 tahun(kalau tak silap)






musQ (seluar hijau aka badut) comel jugak time kecik2 duluh..haha



P/s Ini kisah saya, tentang mereka yang saya sayangi. Ini sebahagian hidup saya, tentang kekeluargaan. Ini kisah saya, tentang kasih sayang. Ini jiwa saya, untuk mencapai kejayaan. Ini kekuatan saya, doa saya sentiasa mengiringi mereka